TidyCal

"TidyCal" adalah kalendar pintar terkini!

ZUMkan kalendar anda! Paparkan 4 minggu serentak di skrin atau zumkan lagi sehingga lebih 10 minggu untuk perancangan yang lebih tepat.

Hanya sentuhkan dua jari pada pad jejak serta gerakkannya ke atas atau ke bawah dan kalendar akan zum menjadi lebih besar atau kecil mengikut keperluan anda. Sungguh mudah!

Ataupun LUNGSUR kalendar anda ke atas atau ke bawah sama seperti menggunakan Google Earth!® Beralihlah dari bulan ke bulan seterusnya dengan serta-merta. Tidak lagi cerewet dan sukar seperti kalendar komputer yang sedia ada.

PINDA acara anda KE MANA JUA! Mudah sahaja, hanya tolakkan acara pilihan anda ke mana-mana lokasi di dalam kalendar dengan bebas.

Inilah kalendar dalam erti kata sebenar � hanya �tuliskan� catatan anda di mana jua di dalamnya. TIDAK serumit perancang harian biasa. Anda pasti menyukai TidyCal, kalendar yang benar-benar pintar.

TIADA MANUAL. Ya, TidyCal tidak memerlukan sebarang buku panduan. Kendaliannya sungguh mudah dan kami yakin ia adalah kalendar komputer yang PALING RINGKAS DAN JELAS.

Ciri acara pelbagai hari yang HEBAT. Cuti sekolah empat minggu lamanya? Tiada masalah. Paparkan keseluruhan empat minggu cuti sekolah di skrin dan buatlah perancangan anda. Sememangnya mudah dan jelas.

Belilah sekarang dan alami sendiri keajaibannya.

TidyCal Demonstration

TidyCal
TidyCal
  • "Buat pertama kalinya dalam hidup, saya merasa sungguh gembira menggunakan sebuah perisian baru."
  • "Tidak sukar seperti mengendalikan perisian biasa, ia semudah penggunaan iPhone atau iTouch sahaja."
  • "Inilah perisian berjenama dengan rekaan terhebat."
  • "Akhirnya. Sebuah syarikat perisian yang TIDAK memerlukan saya mengorbankan berjam-jam lamanya untuk mempelajari mengenai perisian mereka."
  • "Pertama kali saya menggunakan zum, saya sudah terpikat."
  • "Saya hanya taipkan perkataan DENTIST. Dan saya gerakkannya ke mana jua yang saya mahu. Sungguh mudah!!"
  • "Kenapa harus saya menunggu 25 tahun untuk kalendar komputer semudah ini?"

Lagi berita baik! Ciri yang diringkaskan!

TidyCal melakukan pengemaskiniannya sendiri. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mengemas kini perisian ini pada bila-bila masa. Segalanya dilakukan secara automatik.

Tiada halaman pilihan!

Anda pasti sukakannya. TidyCal tidak mempunyai HALAMAN PILIHAN. Anda tidak perlu memikirkan tetapan yang harus dibuat untuk dijadikan pilihan utama perisian. Ia sedia digunakan serta-merta.

TidyCal juga direka seperti sebuah kereta sport. Segala cirinya diringkaskan supaya dapat mencapai kelajuan yang paling tinggi dengan tiada ruang untuk kesilapan dan tiada gangguan yang boleh menjejaskan tumpuan anda. Yang paling utama, anda memperolehi penjimatan masa yang optimum.

Harga yang rendah. Kenapa bayar lebih? TidyCal memiliki segalanya dalam satu fungsi yang ringkas dan menyeluruh. Bagaikan anda membeli sebuah buku lengkap atau menonton satu cerita wayang yang hebat. Dapatkannya sekarang!

Ciri "week numbering" yang pintar membolehkan anda melihat bilangan minggu berpandukan sesi persekolahan atau jadual lain yang seumpamanya. Anda juga boleh menghitung bilangan hari antara acara dengan menggunakan ciri "tape measure!"

Anda menguasainya secara menyeluruh. Terdapat juga fungsi "lock" yang menghalang anda daripada terpadam maklumat penting dengan tidak sengaja.

Tetapi segalanya tidak akan bermula sehingga anda membelinya sekarang. Dapatkan TidyCal anda sendiri hari ini dan nikmati kelebihannya!

Anda pasti berterima kasih dengan pencipta perisian ini. Akhirnya, kini anda boleh menikmati peririsan yang TIDAK menyusahkan anda dan TIDAK dipenuhi dengan ciri yang tidak diperlukan serta TIDAK sukar dipelajari cara kendaliannya.

Belilah TidyCal sekarang dan alamilah kehebatannya!!!!!!!!!!

TidyCal